UNIT PROGRAM NEGERI

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nizar bin Haji Yusof. SMK Gurun, Gurun
Naib Pengerusi : Encik Osman bin Chain. SMK Pedu, Kuala Nerang
Setiausaha : Encik Zulkiflee bin Shariff. SMK Jabi, Pokok Sena
Pengerusi-Pengerusi Program Daerah
1. Encik Abdul Azim bin Abdul Hamid. SK. Tembak, Kuala Ketil
2. Encik Itam bin Sabu. SK. Tanah Merah, Pendang
3. Puan Shamilah binti Masood. SMK Convent Father Barre, Sungai Petani
4. Encik Mohd Nazri bin Hussain. SK. Jeniang, Jeniang
5. Encik Mohd Saad bin Husain. SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
6. Encik Shukri bin Ismail. SM. Teknik, Kulim
7. Encik Asmari bin Ahmad. SK. Kg. Betong, Jeniang
8. Encik Ithman Arif bin Mohd Noor. SK. Padang Mat Sirat, Langkawi
9. Encik Shah Jahan bin Mohd Nasser. SK Kampong Belukar
10. Encik Mansor bin Abd Rahman. SK Sg Kechil Ilir, Bandar Baharu
11. Encik Ahmad bin Din. SK. Jabi, Pokok Sena

Tuesday, April 21, 2009

Pergerakan Bas Kontingen

Salam,

Perhatian kepada semua peserta kontingen. Berikut adalah maklumat pergerakan bas mengikut zon. pada 24 April 2009 (Jumaat)

1. Bas Utara (Kubang Pasu dan Kota Setar) - Ketua bas (En. Mad Din)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar
10.00 malam - Bas bertolak menuju ke Hentian Tol Juru

2. Bas Tengah (Yan dan Kuala Muda) - Ketua bas (Tn. Hj. Mohd Nizar)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di JPN dan Tol Gurun (Yan/Kuala Muda)
10.00 malam - Bas bertolak dari JPN ke Tol Gurun kemudian menuju ke Hentian Tol Juru

3. Bas Timur (Padang Terap/Pendang) - Ketua bas (En. Osman b Chain)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang dan di SMK Pendang.
10.00 malam - Bas bertolak dari SMK Dato' Syed Ahmad ke SMK Pendang kemudian ke Hentian Tol Juru

4. Bas Selatan (Baling, Sik dan Kulim) - Ketua bas (En. Ismail b Othman)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di PPD Baling/Sik dan PPD Kulim/BB
10.00 malam - Bas bertolak dari PPD Balin/Sik ke PPD Kulim/BB kemudia ke Hentian Tol Juru.

Harap maklum.

Sunday, April 5, 2009

Perhimpunan 100 Tahun Pengakap Di Malaysia

Sukacita dimaklumkan, pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah Darul Aman akan menghantar seramai 160 orang peserta bersama pemimpin dengan 4 buah bas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 25 hb April 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Negara, Kuala Lumpur
Bertolak ke KL : 11.00 malam (24 April 2009)
Tiba ASetar : 5.00 pagi (26 April 2009)

Bayaran bagi setiap peserta adalah sebanyak RM25.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima sahaja). Bayaran hendaklah secara tunai kepada Tn. Hj. Mohd Nizar bin Hj. Yusuf (Bendahari Kontingen Kedah). Penyertaan bagi setiap daerah adalah seramai 10 orang pengakap dengan 2 orang pemimpin. Syarat penyertaan ialah kumpulan tersebut telah mendaftar ke Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2009 dan mempunyai pakaian seragam yang lengkap.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 hb April 2009 (Rabu). Sila hantar senarai nama 10 orang ahli pengakap dan 2 orang pemimpin yang lengkap, No. KP, No. Kump dan Daerah kepada En. Zulkiflee bin Shariff (Setiausaha Kontingen Kedah) dengan kadar segera melalui emel. Surat pelepasan kepada peserta akan dihantar melalui JPN sebelum bertolak.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Tn. Hj. Saad bin Salleh (Ketua Kontingen Kedah) dan Tn. Hj. Jamil bin Abdullah (Pen. Ketua Kontingen Kedah).

Sekian, harap maklum.