UNIT PROGRAM NEGERI

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nizar bin Haji Yusof. SMK Gurun, Gurun
Naib Pengerusi : Encik Osman bin Chain. SMK Pedu, Kuala Nerang
Setiausaha : Encik Zulkiflee bin Shariff. SMK Jabi, Pokok Sena
Pengerusi-Pengerusi Program Daerah
1. Encik Abdul Azim bin Abdul Hamid. SK. Tembak, Kuala Ketil
2. Encik Itam bin Sabu. SK. Tanah Merah, Pendang
3. Puan Shamilah binti Masood. SMK Convent Father Barre, Sungai Petani
4. Encik Mohd Nazri bin Hussain. SK. Jeniang, Jeniang
5. Encik Mohd Saad bin Husain. SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
6. Encik Shukri bin Ismail. SM. Teknik, Kulim
7. Encik Asmari bin Ahmad. SK. Kg. Betong, Jeniang
8. Encik Ithman Arif bin Mohd Noor. SK. Padang Mat Sirat, Langkawi
9. Encik Shah Jahan bin Mohd Nasser. SK Kampong Belukar
10. Encik Mansor bin Abd Rahman. SK Sg Kechil Ilir, Bandar Baharu
11. Encik Ahmad bin Din. SK. Jabi, Pokok Sena

Monday, September 28, 2009

Mesyuarat Unit Program Kali Ke-2, 2009

Salam Pengakap dan Selamat Hari Raya,

Satu mesyuarat unit program akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Oktober 2009
Hari : Ahad
Masa : 2.00 petang
Tempat : PKG Gurun
d/a SK Gurun.

Semua pengerusi program daerah diharap dapat menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

Tuesday, July 28, 2009

LATIHAN PUSAT JAMBORI PENGAKAP SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND KALI KE-5 TAHUN 2009

Salam Pengakap,

Dengan segala hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menguruskan kontinjen Malaysia ke Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand Kali Ke-5 Tahun 2009.

Sehubungan itu, para peserta kontingen Negeri Kedah dikehendaki menjalani satu latihan pusat peringkat negeri seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 hingga 31 Julai 2009 (Rabu hingga Jumaat)
Lapor diri : 9.00 pagi (29 Julai 2009)
Bersurai : 12.00 tengah hari (31 Julai 2009)
Tempat : Kem Kelana Seri Angkasa, Sungai Lalang, Sungai Petani

Sila bawa borang kebenaran waris dan peralatan yang perlu dibawa semasa perkhemahan seperti tercatat dalam surat.

Sekian, dimaklumkan.

TAKLIMAT PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA 2009

Salam Pengakap,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah akan mengadakan taklimat di atas seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 2 Ogos 2009 (Ahad)
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kota Setar
Masa : 2.30 petang.

Diharap semua pentaraf hadir seperti yang tertera. Sekian.

Saturday, May 9, 2009

Jambori Ke-7 Melaka Bandaraya Bersejarah 2009



Tarikh: 29hb Mei sehingga 5hb Jun 2009
Tempat: Bukit Katil, Melaka Bandaraya Bersejarah
Pendaftaran: RM200.00 seorang peserta (Pendaftaran, sumbangan bas dan makan minum)
Terbuka kepada: Pengakap REMAJA sahaja
Tarikh tutup permohonan: 20hb Mac 2009

Jambori Melaka akan berlangsung sekali lagi pada cuti sekolah pertengahan penggal dan akan bertema World Heritage City. Penyertaan hanya terhad kepada 40 orang untuk Pengakap Negeri Kedah (36 Peserta Pengakap dan 4 Pemimpin Pengakap).

(Syarat-syarat Penyertaan)
1)Merupakan Pengakap Remaja
2) 3 orang pengakap sahaja bagi setiap daerah
3) Jika terdapat ramai penyertaan, pilihan akan terhad kepada Pengakap Remaja yang telah mencapai Lencana Pengakap Remaja (Tingkatan 4 - sekurang-kurangnya satu Tingkatan 5 - sekurang-kurangnya lima).

Untuk Permohonan
1) Sila hubungi Tn. Hj Mohd Nizar di talian 013-4386562 atau kepada En Zulkiflee bin Shariff di talian 012-4253852 untuk membuat permohonan.
2) Pastikan senarai peserta Pengakap Remaja (Tingkatan 4 dan 5) telah disediakan sebelum membuat panggilan.
3) Unit Program Negeri akan membuat keputusan akhir.
4) Hanya 36 peserta Pengakap Remaja sahaja yang akan dipilih.

Terima kasih dan selamat berpengakap!

Tuesday, April 21, 2009

Pergerakan Bas Kontingen

Salam,

Perhatian kepada semua peserta kontingen. Berikut adalah maklumat pergerakan bas mengikut zon. pada 24 April 2009 (Jumaat)

1. Bas Utara (Kubang Pasu dan Kota Setar) - Ketua bas (En. Mad Din)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar
10.00 malam - Bas bertolak menuju ke Hentian Tol Juru

2. Bas Tengah (Yan dan Kuala Muda) - Ketua bas (Tn. Hj. Mohd Nizar)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di JPN dan Tol Gurun (Yan/Kuala Muda)
10.00 malam - Bas bertolak dari JPN ke Tol Gurun kemudian menuju ke Hentian Tol Juru

3. Bas Timur (Padang Terap/Pendang) - Ketua bas (En. Osman b Chain)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang dan di SMK Pendang.
10.00 malam - Bas bertolak dari SMK Dato' Syed Ahmad ke SMK Pendang kemudian ke Hentian Tol Juru

4. Bas Selatan (Baling, Sik dan Kulim) - Ketua bas (En. Ismail b Othman)
9.00 malam - Semua peserta berkumpul di PPD Baling/Sik dan PPD Kulim/BB
10.00 malam - Bas bertolak dari PPD Balin/Sik ke PPD Kulim/BB kemudia ke Hentian Tol Juru.

Harap maklum.

Sunday, April 5, 2009

Perhimpunan 100 Tahun Pengakap Di Malaysia

Sukacita dimaklumkan, pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah Darul Aman akan menghantar seramai 160 orang peserta bersama pemimpin dengan 4 buah bas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 25 hb April 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stadium Negara, Kuala Lumpur
Bertolak ke KL : 11.00 malam (24 April 2009)
Tiba ASetar : 5.00 pagi (26 April 2009)

Bayaran bagi setiap peserta adalah sebanyak RM25.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima sahaja). Bayaran hendaklah secara tunai kepada Tn. Hj. Mohd Nizar bin Hj. Yusuf (Bendahari Kontingen Kedah). Penyertaan bagi setiap daerah adalah seramai 10 orang pengakap dengan 2 orang pemimpin. Syarat penyertaan ialah kumpulan tersebut telah mendaftar ke Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2009 dan mempunyai pakaian seragam yang lengkap.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 hb April 2009 (Rabu). Sila hantar senarai nama 10 orang ahli pengakap dan 2 orang pemimpin yang lengkap, No. KP, No. Kump dan Daerah kepada En. Zulkiflee bin Shariff (Setiausaha Kontingen Kedah) dengan kadar segera melalui emel. Surat pelepasan kepada peserta akan dihantar melalui JPN sebelum bertolak.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Tn. Hj. Saad bin Salleh (Ketua Kontingen Kedah) dan Tn. Hj. Jamil bin Abdullah (Pen. Ketua Kontingen Kedah).

Sekian, harap maklum.

Saturday, March 14, 2009

Mesyuarat Unit Program 2009

Salam,
Semua Pengerusi Program Daerah diminta hadir ke mesyuarat seperti dibawah ini :
Tarikh : 23 Mac 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : PKG Gurun, d/a SK Gurun, Gurun, Kedah Darul Aman.
Agenda :
1. Ekspedisi Gunung Jerai(Kem Mengembara)
2. Jambori Kedah
3. Hal-hal lain.

Surat jemputan dari JPN akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi. Harap maklum.

Saturday, February 7, 2009

Mesyuarat Pentaraf Pengakap Raja

Satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 22 hb. Februari 2009 (Ahad)
Jam : 2.30 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah.

Surat akan dihantar tidak lama lagi. Jika ada perubahan tarikh akan dimaklumkan segera. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Unit Radio Amatur Pengakap Negeri Kedah

Salam Pengakap,

Semua ahli Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah yang mempunyai callsign radio amatur samada memegang lesen A atau B, bolehlah memaklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk didaftarkan menjadi ahli Unit Radio Amatur Pengakap Negeri Kedah. Senarai nama ini hendaklah diemel kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Diharap dapat kerjasama dengan seberapa segera. Sekian.

Wednesday, January 7, 2009

Jadual Kursus Program Berkembar

8.15 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi : Majlis Perasmian
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Ceramah Pengurusan Kewangan
12.30 tengah hari : Rehat
2.30 petang : Ceramah Kepimpinan (Latihan)
3.30 petang : Ceramah Program 2009
4.30 petang : Ceramah Pentarafan Pengakap Raja

Senarai nama peserta

Salam,

Dipohon semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah dapat menghantar senarai nama terkini :
1. Pengerusi Latihan
2. Pengerusi Unit Program
3. Bendahari Pengakap Daerah

dengan kadar segera bagi tujuan jemputan dan permohonan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Kursus Program Berkembar

Salam,

Satu kursus Program Berkembar melibatkan ceramah Pengurusan Kewangan, Pasukan Latihan, Unit Program serta Pentaraf Pengakap Raja akan diadakan seperti di bawah ini :
Tarikh : 29 hb. Januari 2009 (Khamis)
Jam : 8.15 pagi
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, Alor Star

Adalah dijangkakan seramai 73 orang peserta menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Pengerusi Latihan Daerah, Pengerusi Unit Program Daerah dan Bendahari Daerah.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Harap maklum.