UNIT PROGRAM NEGERI

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nizar bin Haji Yusof. SMK Gurun, Gurun
Naib Pengerusi : Encik Osman bin Chain. SMK Pedu, Kuala Nerang
Setiausaha : Encik Zulkiflee bin Shariff. SMK Jabi, Pokok Sena
Pengerusi-Pengerusi Program Daerah
1. Encik Abdul Azim bin Abdul Hamid. SK. Tembak, Kuala Ketil
2. Encik Itam bin Sabu. SK. Tanah Merah, Pendang
3. Puan Shamilah binti Masood. SMK Convent Father Barre, Sungai Petani
4. Encik Mohd Nazri bin Hussain. SK. Jeniang, Jeniang
5. Encik Mohd Saad bin Husain. SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
6. Encik Shukri bin Ismail. SM. Teknik, Kulim
7. Encik Asmari bin Ahmad. SK. Kg. Betong, Jeniang
8. Encik Ithman Arif bin Mohd Noor. SK. Padang Mat Sirat, Langkawi
9. Encik Shah Jahan bin Mohd Nasser. SK Kampong Belukar
10. Encik Mansor bin Abd Rahman. SK Sg Kechil Ilir, Bandar Baharu
11. Encik Ahmad bin Din. SK. Jabi, Pokok Sena

Thursday, August 28, 2008

LAPORAN EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG JERAI 2008

Ekspedisi ini bermula pada hari Jumaat (22 Ogos 2008) dengan disertai seramai 29 orang Pentaraf dan Penguji serta 118 orang peserta.

Berikut senarai nama Pentaraf dan Penguji yang menyertai dan terlibat dalam ekspedisi tersebut :
1. Mohd Nizar bin Yusoff (SMK Gurun)
2. Halim bin Bakar (SM Agama Yan)
3. Saiful Azlan bin Azimat (SK. Iboi)
4. Zulkiflee bin Shariff (SMK Jabi)
5. Azmi bin Abdul Azid (SMK Kota Kuala Muda)
6. Mohd. Zaim bin Md. Radzi (Daerah Yan)
7. Osman bin Chain (SMK Pedu)
8. Rusnani binti Arof (SMK Dato' Syed Ahmad)
9. Fazil bin Ahmad (SMK Sungai Limau)
10. Abdul Razak bin Saman (SMK Siong)
11. Akhmal bin Ariffin (SM Agama Sungai Petani)
12. Rohana binti Mohd Nor (SK Tanjong Dawai)
13. Normah binti Mohd Yusoff (SMK Hosba)
14. Nasseriyah binti MS Baharuddin(SMJK (C) Sin Min)
15. Mohd Izwan bin Ismail (Daerah Yan)
16. Mohd jamil bin Omar (SMK Tunku Sulong)
17. Rohaya binti Abdul Kadir (SMK Tanah Merah)
18. Siti Sarah binti Mansor (SMK Dato Syed Ahmad)
19. Amanina binti Rohizad (SMK Taman Jelutong)
20. Ismail bin Othman (SMK Taman Jelutong)
21. Mohd Bidi bin Abdullah (JPA3)
22. Husna binti Othman (JPA3)
23. Siti Rosnani binti Ismail (JPA3)
24. Rafiah binti Hamzah (JPA3)
25. Mohd Ishak bin Lim (JPA3)
26. Mohd Hafiz bin Zainuddin (JPA3)
27. Zarina binti Abdul Aziz (SK Rambong Pulai)
28. Nordin bin Ahmad (SMK Kuala Nerang)
29. Abdul Jalil bin Othman (Pusat Kokurikulum)

Berikut adalah senarai jumlah peserta dan sekolah yang terlibat dalam ekspedisi tersebut :
1. SMK Sri Bedong 7 orang
2. SMK Agama Yan 6 orang
3. SMK Sungai Limau 7 orang
4. SMK Jabi 28 orang
5. Maktab Mahmud Alor Star 19 orang
6. SM Agama Sungai Petani 5 orang
7. SM Agama Yan 2 orang
8. SMK Ayer Puteh Dalam 5 orang
9. SMK Padang Terap 5 orang
10. SMK Siong 10 orang
11. SMK Syed Ahmad 6 orang
12. SMK Taman Jelutong 2 orang
13. SMK Tanah Merah 4 orang
14. SMK Dato Syed Ahmad 2 orang
15. SMK Kota Kuala Muda 10 orang


Berikut adalah laporan sepanjang ekspedisi bermula dari 22 hingga 25 Ogos 2008 :

Tarikh : 22 Ogos 2008 (Jumaat)
1143 Peserta berkumpul di Surau Kaki Gunung Jerai untuk taklimat dan pendaftaran. Hujan lebat. Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Nizar bin Yusoff.
1230 Peserta lelaki serta Pentaraf dan Penguji lelaki bersolat Jumaat di masjid berdekatan. Peserta wanita bersama Pentaraf dan Penguji wanita bersolat Zohor di surau. Hujan
lebat sepanjang pagi.
1500 Sebelum bertolak doa dibacakan oleh wakil peserta dari Maktab Mahmud Alor Star. Peserta bertolak mengikut patrol/kumpulan masing-masing. Perjalanan menuju ke Hutan Lipur memakan masa 3 jam 30 minit. Peserta diiringi oleh Pentaraf, Penguji dan sebuah ambulan yang mengandungi 6 orang JPA3.
1830 Peserta selamat sampai di Hutan Lipur dan mendirikan khemah berhampiran Urusetia (Rumah Penginapan Jabatan Perhutanan). Peserta dibenarkan mandi dan menyediakan makanan mengikut kumpulan masing-masing.
1700 Peserta bersolat Maghrib dan Isyak.
2100 Taklimat mencatat laporan pendakian oleh En. Mohd Zaim bin Md. Radzi.
2300 Lampu Padam. Cuaca dan keadaan malam ketika itu baik.

Tarikh : 23 Ogos 2008 (Sabtu)
0530 Peserta bangun dan mandi.
0600 Peserta bersolat Subuh.
0700 Peserta melakukan aktiviti senaman pagi dan berkawat kaki. Dikendalikan oleh Cik Amanina binti Rohizad.
0830 Peserta bersarapan pagi.
0900 Taklimat penyediaaan log ekspedisi oleh En. Osman bin Chain.
1100 En. Saiful Azlan bin Azimat menyampaikan taklimat penyediaan barang di dalam beg. Peserta diterangkan cara-cara menyusun pakaian dan alatan mengikut tempat yang sesuai.
1300 Peserta berehat. Makan dan bersolat Zohor.
1500 Taklimat ikatan oleh JPA3.
1800 Peserta berehat dan solat Asar. Peserta dibenarkan mandi di kolam mengikut masa yang ditetapkan mengikut jantina.
1900 Peserta bersolat Maghrib dan makan malam. Peserta diminta membuat buku log ekspedisi. Sebilangan peserta menyaksikan pertandingan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor. Suasana begitu riuh rendah ketika itu.
2300 Peserta menyerahkan buku log ke urusetia untuk disemak.
2400 Lampu padam

Tarikh : 24 Ogos 2008 (Ahad)
0500 Peserta bangun. Mandi dan bersolat Subuh.
0700 Senaman pagi.
0800 Sarapan pagi.
0900 Peserta berkumpul di dewan terbuka. Taklimat diberikan oleh En. Ramli (Pegawai Perhutanan)
1000 Ekspedisi mendaki ke puncak dari Hutan Lipur.
1200 Tiba di kawasan chalet iaitu di puncak. Kawasan tersbut sedang dibaik pulih. Setelah berehat seketika peserta kemudiannya bertolak ke Telaga Tok Sheikh.
1249 Peserta tiba di Telaga Tok Sheikh. Berehat sambil minum air.
1300 Peserta kemudiannya bertolak ke ke Batu Kapal.
1315 Peserta tiba di sana sambil berehat di atas batu tersebut. Peserta juga berkesempatan melihat sebuah batu yang menyerupai bentuk ikan.
1330 Kemudian peserta bertolak ke air terjun.
1340 Peserta tiba dan berehat sambil bergambar.
1350 Setelah berehat-rehat seketika peserta bertolak semula ke Telaga Tok Sheikh dan bersolat Zohor.
1459 Peserta bertolak ke tapak perkhemahan iaitu di Hutan Lipur.
1533 Peserta tiba. Berehat dan minum
1600 Peserta mandi mengikut kumpulan.
1700 Peserta bersolat Asar. Seterusnya aktiviti riadah dibenarkan. Tiada aktiviti selain peserta menyiapkan buku log.
2400 Lampu padam.

Tarikh : 25 Ogos 2008 (Isnin)
0500 Peserta bangun dan mandi.
0645 Cuaca tidak menentu. Angin begitu kuat disertai hujan. Sejuk. Peserta diarahkan menurunkan khemah dan mengemaskankan barang-barang.
0800 Peserta diberikan taklimat dan arahan setiap patrol untuk dilaksanakan semasa turun ke kaki gunung.
0900 Sebelum bergerak. Peserta melakukan aktiviti regangan dan bacaan doa. Peserta mula turun mengikut patrol. Setiap patrol dilepaskan selang 15 minit.
1118 Peserta membantu pihak Bomba mengalihkan ranting dan dahan pokok yang tumbang menghalang jalan semasa menuruni gunung.
1400 Peserta tiba di kaki Gunung Jerai.
1427 Majlis Penyampaian Sijil oleh Pesuruhjaya Negeri Kedah. Beliau memaklumkan bahawa 5 Lencana Tertinggi hendaklah dijalankan oleh Unit Program Negeri.
1500 Bersurai.

Ekspedisi berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki dan peserta mendapat banyak manfaat darinya. Senarai peserta yang menyertai ekspedisi ini akan disemak apabila pentarafan Pengakap Raja kelak.

Dilaporkan, 29 Ogos 2008

SU Program

Sunday, August 10, 2008

Surat Makluman Ekspedisi Gunung Jerai 2008

Salam Pengakap,

Kepada ahli Pengakap Remaja (Tingkatan 4) yang ingin menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Jerai pada 22 hingga 25 hb. Ogos 2008 (Jumaat hingga Isnin) di Hutan Lipur, Gunung Jerai. Sila dapatkan surat makluman dari JPN mulai hari ini daripada Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Surat tersebut telah diemail pada pagi tadi. Sekian untuk makluman dan tindakan segera.


SU Program
11.08.2008
Jam 12.15 tgh.

Saturday, August 9, 2008

LAPORAN PERHIMPUNAN PENGAKAP NEGERI KEDAH SEMPENA 100 TAHUN PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA


Salam Pengakap,
Unit Program PPMNKedah mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Guru Besar SK. Padang Chichar, Jeneri, Sik (Encik Mohd Khalid bin Abdul Rahman). Berikut adalah laporan yang akan dikemaskinikan setiap masa untuk rujukan dan tatapan semua.

Perhimpunan Pengakap Negeri Kedah 2008 telah dijalankan pada 24 hingga 26 Julai 2008 (Khamis hingga Sabtu) di Pusat Latihan Pasukan Badan Beruniform Negeri Kedah Darul Aman, Jeneri, Sik.

Jumlah penyertaan ahli Pengakap seluruh Kedah adalah berjumlah 1008 orang dan seramai 150 orang Pemimpin serta pasukan Kelana telah terlibat sama.

Pihak urus setia telah datang awal sehari iaitu pada 23 hb. Julai 2008 (Rabu) untuk menyusun atur persiapan perhimpunan. Alhamdulillah setiap persiapan dapat dibereskan sebelum keesokan harinya.

Pada keesokan hari 24 hb. Ogos 2008 (Khamis), mulai jam 11.30 pagi, bas pertama dari Daerah Yan telah tiba diikuti oleh daerah-daerah yang lain termasuklah seramai 38 orang peserta dari daerah Langkawi. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah banyak membantu dalam menjayakan perhimpunan kali ini. Ini termasuklah menyediakan sebanyak 26 buah bas kepada semua daerah dalam negeri ini.

Pendaftaran peserta dilakukan melalui ketua kontingen sahaja dan semua peserta telah diminta ke tapak perkhemahan masing-masing. Dan aktiviti pertama dijalankan mengikut jadual. Pertandingan mewarna bagi Pengakap Kanak-Kanak dan Pertandingan Kawad Kaki bagi Pengakap Muda dan Remaja dijalankan secara serentak bermula pada jam 2.00 petang. Acara itu tamat pada jam 6.30 petang.

Seterusnya pada sebelah malam, pertandingan kebudayaan diadakan di setiap sub kem. Johan setiap sub kem akan mewakili sub kem tersebut ke pertandingan akhir yang akan diadakan pada keesokan malam. Manakala mesyuarat AJK dan ketua kontingen diadakan pada jam 10.00 malam bagi tujuan maklumbalas dan perancangan serta persiapan hari esoknya. lampu padam jam 12.00 tgh malam. Pihak JPA3 telah menjalankan rondaan dan kawalan malam.

Pada 25 hb Ogos 2008 (Jumaat). Hari yang penuh dengan bermacam aktiviti yang cukup padat melibatkan semua peserta dari awal pagi hingga ke malam. Perhimpunan pagi diadakan tepat jam 8.30 pagi. Semua peserta berkumpul di tapak perhimpunan berhadapan dengan bangunan 3 tingkat. Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan kawad kaki telah diadakan. Aktiviti berpangkalan sebanyak 12 kesemuanya dijalankan sehingga jam 6.60 petang. Setiap peserta dikehendaki menyelesaikan 10 dari 12 aktiviti bagi mendapat sijil aktiviti. Seterusnya pertandingan masak moden iaitu masakan nasi beriani bagi Pengakap Muda dan Remaja serta pertandingan membuat Gadget Meja Makan bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Rak Kasut bagi Pengakap Kanak-Kanak dijalankan secara serentak bermula jam 9.00 pagi. Pertandingan seterusnya ialah pertandingan Membina Khemah A bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Membuat Kraftangan dari surat khabar bagi Pengakap Kanak-Kanak. Kesemua pertandingan ditamatkan jam 12.00 tgh hari. Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan kawad kaki telah diadakan di tapak perhimpunan.

Jam 1.00 petang, kesemua peserta lelaki telah ke Masjid Gajah Mati dan Lubuk Merbau bagi menunaikan solat Jumaat. Peserta dibawa dengan lori JPA3 dan bas sekolah yang disediakan.

Tepat jam 3.30 petang, pertandingan masak cara hutan bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Projek Pioneering iaitu membina Menara Kawalan telah dijalankan. Bagi Pengakap Kanak-Kanak, pertandingan memasak mee segera serta pertandingan ikatan juga dilaksanakan secara serentak. Kesemua pertandingan ditamatkan pada jam 6.00 petang kecuali pioneering yang tamat pada jam 8.45 malam.

Pasukan Kesihatan telah melakukan penyemburan asap bagi membunuh nyamuk di tapak dan kawasan perkhemahan pada jam 6.30 petang.

Di sebelah malam, pertandingan kebudayaan peringkat akhir dilaksanakan di dewan bangunan 3 tingkat. Dan mesyuarat AJK dan ketua kontingen dijalankan pada jam 11.00 malam. Lampu dipadamkan jam 12.00 tengah malam. Pasukan JPA3 melakukan rondaan dan kawalan malam.

Keesokan hari iaitu pada hari terakhir perhimpunan pengakap iaitu 26 hb. Julai 2008 (Sabtu). Jam 8.30 pagi, di tapak perhimpunan telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dilaksanakan.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan kemahiran pengakap :
PENGAKAP MUDA/REMAJA
1. Nyanyian Solo, Johan : Kuala Muda , Naib Johan : Baling, Ketiga : Padang Terap
2. Tarian, Johan : Baling, Naib Johan : Kota Setar, Ketiga : Yan
3. Kawad Kaki, Johan : Kulim, Naib Johan : Pendang, Ketiga : Baling
4. Memasak, Johan : Kota Setar, Naib Johan : Kulim, Ketiga : Baling
5. Backwoods, Johan : Baling, Naib Johan : B. Baharu, Ketiga : Kulim
6. Gadget, Johan : Yan, Naib Johan : Langkawi, Ketiga : Baling
7. Menjejak, Johan : Kubang Pasu, Naib Johan : Padang Terap, Ketiga : Sik
8.Mendirikan Khemah, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Sik
9. Pioneering, Johan : Baling, Naib Johan : Kota Setar, Ketiga : Langkawi
10. Pintu Gerbang, Johan : Baling, Naib Johan : Langkawi, Ketiga : Padang Terap
11. Taraf Perkhemahan. Johan : Baling, Naib Johan : Yan, Ketiga : Padang Terap
PENGAKAP KANAK-KANAK
1. Nyanyian Solo, Johan : Yan, Naib Johan : Pendang, Ketiga : Johan : Bandar Baharu
2. Tarian, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Kota Setar
3. Kawad Kaki, Johan : Padang Terap, Naib Johan : Baling, Ketiga : Yan
4. Memasak, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Bandar Baharu
5. Kraftangan, Johan : Baling, Naib Johan : Yan, Ketiga : Pendang
6. Menjejak, Johan : Sik, Naib Johan : Kubang Pasu, Ketiga : Kulim
7. Mendirikan Khemah, Johan : Kulim, Naib Johan : Padang Terap, Ketiga : Kuala Muda
8. Mewarna, Johan : Kuala Muda, Naib Johan & Ketiga : Yan
9. Ikatan, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Kota Setar

Persiapan dan raptai majlis penutupan telah dijalankan. Ia berjalan lancar. tepat jam 3.00 petang, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah tiba dan merasmikan penutupan serta melancarkan buku Sejarah Pengakap Negeri Kedah. Sebelum majlis ini, pihak JPA3 telah menjalankan satu demontrasi menyelamat dari bangunan kepada para peserta.

Majlis ini berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebat. Perhimpunan ini tamat secara rasminya tepat jam 4.30 petang dan peserta mulai pulang ke destinasi masing-masing. Daerah Langkawi bermalam di sini lagi. Mereka bertolak pada keesokan harinya.

Perhimpunan ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan tiada berlaku musibah yang besar kepada semua peserta. Syukur alhamdulillah.

Dilaporkan oleh, 10 Ogos 2008

Zulkiflee bin Shariff
Setiausaha Unit Program
PPMNKedah

Ekspedisi Mendaki Gunung Jerai 2008



Salam Pengakap,

Kepada semua ahli Pengakap Remaja yang mendaftar dengan PPMNKedah terutama pelajar Tingkatan 4. Unit Program PPMNKedah akan menganjur satu ekspedisi pada :

Tarikh : 22 hingga 25 Ogos 2008 (Jumaat hingga Isnin).
Tempat : Hutan Lipur, Gunung Jerai
Daftar : Kaki Gunung Jerai, Gurun
Masa : 10.00 pagi
Yuran : RM25.00 (T-shirt, sijil serta sewa tapak perkhemahan)

Makan, minum serta pengangkutan ditanggung oleh peserta sendiri.

Tujuan :
1. Mendapatkan Lencana Ekspedisi bagi Pengakap Remaja.
2. Pendedahan ilmu kepengakapan oleh berbagai pihak terutama pihak tentera, JPA3 dan Perhutanan.

Sila dapatkan maklumat dari Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Makluman telah diemel kepada Pesuruhjaya Daerah.

Jadual Ekspedisi

JUMAAT (22 OGOS 2008)
MASA PERKARA
11.00 pg Pendaftaran dan taklimat pendakian oleh Pegawai Perhutanan
2.00 ptg Solat Jumaat.
3.00 ptg Bertolak ke Hutan Lipur
7.00 ptg Tiba di Hutan Lipur, Gunung Jerai
7.30 ptg Mendirikan khemah, Rehat, solat, Menyediakan makan malam
Solat Maghrib dan Isyak, Taklimat
11.00 mlm Lampu Padam

SABTU (23 OGOS 2008)
MASA PERKARA
5.00 pg Pengurusan diri
6.00 pg Solat Subuh, kuliah Subuh
7.00 pg Senaman pagi
8.00 pg Sarapan pagi
8.30 pg Kemas kawasan perkhemahan
9.30 pg Taklimat dan Latihan oleh Pasukan Tentera (Kompas & Kawad Kaki)
1.50 ptg Solat Zohor
2.30 ptg Taklimat dan Latihan oleh Pasukan Tentera (Masak Cara Hutan &
Mendirikan khemah A)
5.30 ptg Rehat, solat Asar
6.30 ptg Menyediakan makan malam
7.30 ptg Solat Maghrib, solat Isya’
10.00 mlm Malam Kebudayaan
12.00 mlm Tidur

AHAD (24 OGOS 2008)
MASA PERKARA
5.00 pg Pengurusan diri
6.00 pg Solat Subuh, kuliah Subuh
7.00 pg Senaman pagi
8.00 pg Sarapan pagi
8.30 pg Kemas kawasan perkhemahan
9.30 pg Taklimat dan Latihan oleh JPA 3 (Ikatan dan Operasi Menyelamat)
12.00 tgh Rehat dan makan tengah hari
2.00 ptg Ekspedisi ke Menara Telekom oleh pihak Jabatan Hutan
(Taklimat dan penerangan berkaitan dengan hutan dan Gunung Jerai)
6.30 ptg Kembali ke tapak perkhemahan
7.40 mlm Makan dan bersolat Maghrib dan Isya
9.30 mlm Taklimat Membuat Buku Log mengikut kumpulan
11.00 mlm Tidur dan lampu padam

ISNIN (25 OGOS 2008)
MASA PERKARA
5.00 pg Pengurusan diri
6.00 pg Solat Subuh, kuliah Subuh
7.00 pg Senaman pagi
8.00 pg Sarapan pagi
8.30 pg Kemas kawasan perkhemahan (Gotong-royong)
10.00 pg Bertolak ke kaki Gunung Jerai
2.00 ptg Tiba di kaki Gunung Jerai
2.30 ptg Penyampaian Sijil oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri
3.00 ptg Bersurai