UNIT PROGRAM NEGERI

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nizar bin Haji Yusof. SMK Gurun, Gurun
Naib Pengerusi : Encik Osman bin Chain. SMK Pedu, Kuala Nerang
Setiausaha : Encik Zulkiflee bin Shariff. SMK Jabi, Pokok Sena
Pengerusi-Pengerusi Program Daerah
1. Encik Abdul Azim bin Abdul Hamid. SK. Tembak, Kuala Ketil
2. Encik Itam bin Sabu. SK. Tanah Merah, Pendang
3. Puan Shamilah binti Masood. SMK Convent Father Barre, Sungai Petani
4. Encik Mohd Nazri bin Hussain. SK. Jeniang, Jeniang
5. Encik Mohd Saad bin Husain. SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
6. Encik Shukri bin Ismail. SM. Teknik, Kulim
7. Encik Asmari bin Ahmad. SK. Kg. Betong, Jeniang
8. Encik Ithman Arif bin Mohd Noor. SK. Padang Mat Sirat, Langkawi
9. Encik Shah Jahan bin Mohd Nasser. SK Kampong Belukar
10. Encik Mansor bin Abd Rahman. SK Sg Kechil Ilir, Bandar Baharu
11. Encik Ahmad bin Din. SK. Jabi, Pokok Sena

Saturday, February 7, 2009

Mesyuarat Pentaraf Pengakap Raja

Satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 22 hb. Februari 2009 (Ahad)
Jam : 2.30 petang
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Kompleks Pendidikan Negeri Kedah.

Surat akan dihantar tidak lama lagi. Jika ada perubahan tarikh akan dimaklumkan segera. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Unit Radio Amatur Pengakap Negeri Kedah

Salam Pengakap,

Semua ahli Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah yang mempunyai callsign radio amatur samada memegang lesen A atau B, bolehlah memaklumkan kepada Pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk didaftarkan menjadi ahli Unit Radio Amatur Pengakap Negeri Kedah. Senarai nama ini hendaklah diemel kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Diharap dapat kerjasama dengan seberapa segera. Sekian.

Wednesday, January 7, 2009

Jadual Kursus Program Berkembar

8.15 pagi : Pendaftaran Peserta
9.00 pagi : Majlis Perasmian
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Ceramah Pengurusan Kewangan
12.30 tengah hari : Rehat
2.30 petang : Ceramah Kepimpinan (Latihan)
3.30 petang : Ceramah Program 2009
4.30 petang : Ceramah Pentarafan Pengakap Raja

Senarai nama peserta

Salam,

Dipohon semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah dapat menghantar senarai nama terkini :
1. Pengerusi Latihan
2. Pengerusi Unit Program
3. Bendahari Pengakap Daerah

dengan kadar segera bagi tujuan jemputan dan permohonan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Kursus Program Berkembar

Salam,

Satu kursus Program Berkembar melibatkan ceramah Pengurusan Kewangan, Pasukan Latihan, Unit Program serta Pentaraf Pengakap Raja akan diadakan seperti di bawah ini :
Tarikh : 29 hb. Januari 2009 (Khamis)
Jam : 8.15 pagi
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, Alor Star

Adalah dijangkakan seramai 73 orang peserta menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Pengerusi Latihan Daerah, Pengerusi Unit Program Daerah dan Bendahari Daerah.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Harap maklum.

Tuesday, November 25, 2008

Jambori Antarabangsa Johor 2008

Salam Pengakap,

Ucapan Terima Kasih, Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat dalam jambori tersebut samada secara langsung ataupun tidak langsung terutama kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah kerana banyak membantu Persekutuan Pengakap Negeri Kedah dalam menjalankan aktiviti sepanjang tahun 2008.

Kontingen Kedah pada kali ini telah mendapat 2 johan dan 2 naib johan dalam 5 pertandingan peringkat antarabangsa di sana. Berikut adalah pecahannya.
Johan : Pertandingan Kawad Tongkat
Johan : Pertandingan Pintu Gerbang
Naib Johan : Pidato
Naib Johan : Pameran

Kontingen Kedah telah diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan peringkat antarabangsa kali tahun ini.

Sekian, dimaklumkan.

Thursday, October 30, 2008

Surat Mesyuarat JK Kontingen

Salam Pengakap,

Surat panggilan mesyuarat JK Kontingen pada 4 hb November 2008 (Selasa) di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Jerai telah dipos melalui JPN petang tadi. Harap maklum.