UNIT PROGRAM NEGERI

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nizar bin Haji Yusof. SMK Gurun, Gurun
Naib Pengerusi : Encik Osman bin Chain. SMK Pedu, Kuala Nerang
Setiausaha : Encik Zulkiflee bin Shariff. SMK Jabi, Pokok Sena
Pengerusi-Pengerusi Program Daerah
1. Encik Abdul Azim bin Abdul Hamid. SK. Tembak, Kuala Ketil
2. Encik Itam bin Sabu. SK. Tanah Merah, Pendang
3. Puan Shamilah binti Masood. SMK Convent Father Barre, Sungai Petani
4. Encik Mohd Nazri bin Hussain. SK. Jeniang, Jeniang
5. Encik Mohd Saad bin Husain. SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
6. Encik Shukri bin Ismail. SM. Teknik, Kulim
7. Encik Asmari bin Ahmad. SK. Kg. Betong, Jeniang
8. Encik Ithman Arif bin Mohd Noor. SK. Padang Mat Sirat, Langkawi
9. Encik Shah Jahan bin Mohd Nasser. SK Kampong Belukar
10. Encik Mansor bin Abd Rahman. SK Sg Kechil Ilir, Bandar Baharu
11. Encik Ahmad bin Din. SK. Jabi, Pokok Sena

Saturday, August 9, 2008

LAPORAN PERHIMPUNAN PENGAKAP NEGERI KEDAH SEMPENA 100 TAHUN PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA


Salam Pengakap,
Unit Program PPMNKedah mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Guru Besar SK. Padang Chichar, Jeneri, Sik (Encik Mohd Khalid bin Abdul Rahman). Berikut adalah laporan yang akan dikemaskinikan setiap masa untuk rujukan dan tatapan semua.

Perhimpunan Pengakap Negeri Kedah 2008 telah dijalankan pada 24 hingga 26 Julai 2008 (Khamis hingga Sabtu) di Pusat Latihan Pasukan Badan Beruniform Negeri Kedah Darul Aman, Jeneri, Sik.

Jumlah penyertaan ahli Pengakap seluruh Kedah adalah berjumlah 1008 orang dan seramai 150 orang Pemimpin serta pasukan Kelana telah terlibat sama.

Pihak urus setia telah datang awal sehari iaitu pada 23 hb. Julai 2008 (Rabu) untuk menyusun atur persiapan perhimpunan. Alhamdulillah setiap persiapan dapat dibereskan sebelum keesokan harinya.

Pada keesokan hari 24 hb. Ogos 2008 (Khamis), mulai jam 11.30 pagi, bas pertama dari Daerah Yan telah tiba diikuti oleh daerah-daerah yang lain termasuklah seramai 38 orang peserta dari daerah Langkawi. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah banyak membantu dalam menjayakan perhimpunan kali ini. Ini termasuklah menyediakan sebanyak 26 buah bas kepada semua daerah dalam negeri ini.

Pendaftaran peserta dilakukan melalui ketua kontingen sahaja dan semua peserta telah diminta ke tapak perkhemahan masing-masing. Dan aktiviti pertama dijalankan mengikut jadual. Pertandingan mewarna bagi Pengakap Kanak-Kanak dan Pertandingan Kawad Kaki bagi Pengakap Muda dan Remaja dijalankan secara serentak bermula pada jam 2.00 petang. Acara itu tamat pada jam 6.30 petang.

Seterusnya pada sebelah malam, pertandingan kebudayaan diadakan di setiap sub kem. Johan setiap sub kem akan mewakili sub kem tersebut ke pertandingan akhir yang akan diadakan pada keesokan malam. Manakala mesyuarat AJK dan ketua kontingen diadakan pada jam 10.00 malam bagi tujuan maklumbalas dan perancangan serta persiapan hari esoknya. lampu padam jam 12.00 tgh malam. Pihak JPA3 telah menjalankan rondaan dan kawalan malam.

Pada 25 hb Ogos 2008 (Jumaat). Hari yang penuh dengan bermacam aktiviti yang cukup padat melibatkan semua peserta dari awal pagi hingga ke malam. Perhimpunan pagi diadakan tepat jam 8.30 pagi. Semua peserta berkumpul di tapak perhimpunan berhadapan dengan bangunan 3 tingkat. Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan kawad kaki telah diadakan. Aktiviti berpangkalan sebanyak 12 kesemuanya dijalankan sehingga jam 6.60 petang. Setiap peserta dikehendaki menyelesaikan 10 dari 12 aktiviti bagi mendapat sijil aktiviti. Seterusnya pertandingan masak moden iaitu masakan nasi beriani bagi Pengakap Muda dan Remaja serta pertandingan membuat Gadget Meja Makan bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Rak Kasut bagi Pengakap Kanak-Kanak dijalankan secara serentak bermula jam 9.00 pagi. Pertandingan seterusnya ialah pertandingan Membina Khemah A bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Membuat Kraftangan dari surat khabar bagi Pengakap Kanak-Kanak. Kesemua pertandingan ditamatkan jam 12.00 tgh hari. Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan kawad kaki telah diadakan di tapak perhimpunan.

Jam 1.00 petang, kesemua peserta lelaki telah ke Masjid Gajah Mati dan Lubuk Merbau bagi menunaikan solat Jumaat. Peserta dibawa dengan lori JPA3 dan bas sekolah yang disediakan.

Tepat jam 3.30 petang, pertandingan masak cara hutan bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Projek Pioneering iaitu membina Menara Kawalan telah dijalankan. Bagi Pengakap Kanak-Kanak, pertandingan memasak mee segera serta pertandingan ikatan juga dilaksanakan secara serentak. Kesemua pertandingan ditamatkan pada jam 6.00 petang kecuali pioneering yang tamat pada jam 8.45 malam.

Pasukan Kesihatan telah melakukan penyemburan asap bagi membunuh nyamuk di tapak dan kawasan perkhemahan pada jam 6.30 petang.

Di sebelah malam, pertandingan kebudayaan peringkat akhir dilaksanakan di dewan bangunan 3 tingkat. Dan mesyuarat AJK dan ketua kontingen dijalankan pada jam 11.00 malam. Lampu dipadamkan jam 12.00 tengah malam. Pasukan JPA3 melakukan rondaan dan kawalan malam.

Keesokan hari iaitu pada hari terakhir perhimpunan pengakap iaitu 26 hb. Julai 2008 (Sabtu). Jam 8.30 pagi, di tapak perhimpunan telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dilaksanakan.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan kemahiran pengakap :
PENGAKAP MUDA/REMAJA
1. Nyanyian Solo, Johan : Kuala Muda , Naib Johan : Baling, Ketiga : Padang Terap
2. Tarian, Johan : Baling, Naib Johan : Kota Setar, Ketiga : Yan
3. Kawad Kaki, Johan : Kulim, Naib Johan : Pendang, Ketiga : Baling
4. Memasak, Johan : Kota Setar, Naib Johan : Kulim, Ketiga : Baling
5. Backwoods, Johan : Baling, Naib Johan : B. Baharu, Ketiga : Kulim
6. Gadget, Johan : Yan, Naib Johan : Langkawi, Ketiga : Baling
7. Menjejak, Johan : Kubang Pasu, Naib Johan : Padang Terap, Ketiga : Sik
8.Mendirikan Khemah, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Sik
9. Pioneering, Johan : Baling, Naib Johan : Kota Setar, Ketiga : Langkawi
10. Pintu Gerbang, Johan : Baling, Naib Johan : Langkawi, Ketiga : Padang Terap
11. Taraf Perkhemahan. Johan : Baling, Naib Johan : Yan, Ketiga : Padang Terap
PENGAKAP KANAK-KANAK
1. Nyanyian Solo, Johan : Yan, Naib Johan : Pendang, Ketiga : Johan : Bandar Baharu
2. Tarian, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Kota Setar
3. Kawad Kaki, Johan : Padang Terap, Naib Johan : Baling, Ketiga : Yan
4. Memasak, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Bandar Baharu
5. Kraftangan, Johan : Baling, Naib Johan : Yan, Ketiga : Pendang
6. Menjejak, Johan : Sik, Naib Johan : Kubang Pasu, Ketiga : Kulim
7. Mendirikan Khemah, Johan : Kulim, Naib Johan : Padang Terap, Ketiga : Kuala Muda
8. Mewarna, Johan : Kuala Muda, Naib Johan & Ketiga : Yan
9. Ikatan, Johan : Yan, Naib Johan : Baling, Ketiga : Kota Setar

Persiapan dan raptai majlis penutupan telah dijalankan. Ia berjalan lancar. tepat jam 3.00 petang, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah tiba dan merasmikan penutupan serta melancarkan buku Sejarah Pengakap Negeri Kedah. Sebelum majlis ini, pihak JPA3 telah menjalankan satu demontrasi menyelamat dari bangunan kepada para peserta.

Majlis ini berjalan lancar walaupun hujan turun dengan lebat. Perhimpunan ini tamat secara rasminya tepat jam 4.30 petang dan peserta mulai pulang ke destinasi masing-masing. Daerah Langkawi bermalam di sini lagi. Mereka bertolak pada keesokan harinya.

Perhimpunan ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan tiada berlaku musibah yang besar kepada semua peserta. Syukur alhamdulillah.

Dilaporkan oleh, 10 Ogos 2008

Zulkiflee bin Shariff
Setiausaha Unit Program
PPMNKedah