UNIT PROGRAM NEGERI

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Nizar bin Haji Yusof. SMK Gurun, Gurun
Naib Pengerusi : Encik Osman bin Chain. SMK Pedu, Kuala Nerang
Setiausaha : Encik Zulkiflee bin Shariff. SMK Jabi, Pokok Sena
Pengerusi-Pengerusi Program Daerah
1. Encik Abdul Azim bin Abdul Hamid. SK. Tembak, Kuala Ketil
2. Encik Itam bin Sabu. SK. Tanah Merah, Pendang
3. Puan Shamilah binti Masood. SMK Convent Father Barre, Sungai Petani
4. Encik Mohd Nazri bin Hussain. SK. Jeniang, Jeniang
5. Encik Mohd Saad bin Husain. SMK. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra
6. Encik Shukri bin Ismail. SM. Teknik, Kulim
7. Encik Asmari bin Ahmad. SK. Kg. Betong, Jeniang
8. Encik Ithman Arif bin Mohd Noor. SK. Padang Mat Sirat, Langkawi
9. Encik Shah Jahan bin Mohd Nasser. SK Kampong Belukar
10. Encik Mansor bin Abd Rahman. SK Sg Kechil Ilir, Bandar Baharu
11. Encik Ahmad bin Din. SK. Jabi, Pokok Sena

Saturday, April 10, 2010

Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung Jerai

Salam Pengakap,

Alhamdulillah. Ekspedisi berjalan seperti yang dirancangkan dan mendapat sambutan yang
amat menggalakkan.
Ekspedisi bermula pada 2 hb Mei (Jumaat) yang lalu. Peserta mula mendaftar pada jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Sejumlah 525 orang peserta dari 50 buah sekolah seluruh negeri Kedah dengan dibantu oleh 80 orang pemimpin, penolong pemimpin dan guru pengiring. Satu taklimat ringkas telah berikan oleh Pengerusi Program (Tn Hj Mohd Nizar) di Taman Permainan. Kemudian para peserta lelaki dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Manakala peserta wanita bersolat di surau.
Sebelum peserta dilepaskan, mereka diberikan tugasan mengikut kumpulan. Tepat jam 3.00 petang, semua peserta dilepaskan mengikut kumpulan demi kumpulan. Di dahului kumpulan 1 sehingga kumpulan 20. Dua buah van mengiringi peserta untuk mengangkut peserta yang sakit. Sebuah lori telah disewa untuk membawa barang-barang peserta ke Hutan Lipur. Cuaca agak sejuk apabila para peserta mula tiba ke destinasi kerana hujan. Ekpedisi mendaki memakan masa selama 3 jam.
Setibanya di sana, para peserta telah dibahagikan tempat berkhemah. Peserta lelaki berkhemah di sebelah sungai berdekatan dengan surau, tandas dan kawasan memasak. Manakala peserta wanita di kawasan sebelum sungai.
Selepas menunaikan solat Maghrib, peserta wanita dibenarkan beratur dan makan dahulu. Peserta lelaki makan kemudiannya. Satu taklimat diadakan selepas solat Isya. Peserta dibenarkan berehat di dalam khemah masing-masing.
Keesokkan paginya, para peserta bangun dan membersihkan diri. Mereka bersolat di surau. Aktiviti senaman pagi dijalankan oleh ajk aktiviti tepat pada masa yang dijadualkan. Selepas itu, para peserta dibenarkan sarapan pagi sebelum mandi. Cuaca agak sejuk dan berkabus. Kira-kira jam 10.00 pagi, aktiviti berkawad telah dilaksanakan oleh Pengakap Kelana sehinggalah tengah hari.
Para peserta pulang ke khemah masing-masing dan dibenarkan mandi. Kemudian para peserta makan tengah hari dan bersolat Zohor. Tepat jam 2.00 petang, para peserta dengan dipandu oleh Pegawai Perhutanan telah menjalankan satu ekspedisi ke puncak menerusi kawasan hutan. Mereka tiba kembali ke khemah selepas 2 jam melakukan ekspedisi tersebut.
Peserta dibenarkan makan dan membersihkan diri sebelum bersolat. Para peserta telah diberikan taklimat membuat buku log dan pergerakan untuk keesokkan harinya. Peserta dibenarkan tidor awal setelah taklimat selesai.
Pada hari terakhir, para peserta seperti biasa bangun awal untuk bersolat dan membersihkan kawasan termasuk meruntuhkan khemah masing. Peserta kemudiannya bersarapan. Selepas itu mereka diberikan sehelai pakaian t setiap seorang. Aktiviti khidmat masyarakat telah dijalankan selama 1 jam. Para peserta telah membersihkan kawasan dengan memunggut sampah.
Tepat jam 11.00 pagi, para peserta mula bergerak turun ke kaki Gunung Jerai. Mereka tiba tepat jam 2.30 petang. Upacara perasmian penutupan telah dilaksanakan dengan jayanya. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri iaitu Encik Ismail bin Ku Ishak telah menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap kumpulan. Majlis bersurai jam 3.30 petang.
Unit Program Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.